Monday, December 7, 2009

MEMANG AKU RINDU KAU!

Apesal la ngan aku ni... kejap kejap nak, kejap taknak., bila dah taknak rindu plak. Kadang kadang aku pun tak paham dengan diri aku sendiri. Haha! lantakla kan, ape kau kesah?

Aku rindu keluar dengan dia. Kami memang selalu bergaduh,alah tapi apa kau sebok2??! eh buat buat tak tahu pula. Kami gaduh manja, bukan macam kau, gaduh dendam. Okay okay stop. Mari pergi ke topik utama. Ye, aku rindu kau. Setiap saat. Engkau sendiri tahu apa perasaan aku terhadap kaukan? Bagaimana aku suka tiap kali kau kata

"you ni cantikla, macam arab"
aku pula menjawab "yeke cantik? (dalam keadaan hidung yang sudah mengembang dan seluar yang hampir mengetat) tang mana yang cantik?" tersipu sipu aku senyumnya.

"tang hidung" katanya,

"alah tau la hidung i gemuk" aku menjawab, "mata i?, mulut?"

"sume macam melayu"

"hmm eleh" aku hanya mencebik. Tapi aku suka :)

Aku juga suka bila dia memandangku. Penuh makna. Dia akan memandang tepat ke arahku dengan mata bulatnya (bulat juga bagi aku, haha). Aku berlagak sperti pura pura tidak endah tapi dalam hati, sukeee yang teramat sukeee.

Aku juga suka bila die menghulurkan tangannya untuk berjalan seiring denganku. Haha, dan seperti biasa aku hanya mengendahkan dia. Saje saje, nape tak boleh ker? haha! Bila sudah lama die menghulur, aku pun capai dan berjalan denganya. Rasa seperti dunia ini aku yang punya. Rasa seperti tiada orang di keliling, walhal terang terang penuh pengunjung kota raya KL. Betul! Tak tipu, rasa macam dunia ini aku yang punya.

Aku ada perangai buruk, iaitu suka nak mengarah. Ye ye, aku tahu sifat ini sungguh menjijikkan. Tapi disebabkan dia yang mampu bertahan denganku menyebabkan aku sayang sangat denagn dia. Itu tak boleh, ini tak boleh. Memang kadang kadang perangainya agak melebih lebih tapi sedikit pun tidak pernah terlitas hendak dia berubah. Tidak mungkin sama kalau die berubah. Bukankah kita harus menerima dia seadanya?


Aku paling paling rindu makan dengan dia. Haha, si dia itu kalau bab bab mengoder makanan yang sedap sedap nombor satu, tapi bab makan tak pernah nak habis. Aku yang sememangnya gila makanan yang menghabiskan sisa sisa lebihan si mamat ni. HAHA! Saat yang teramat best, bila si dia mengajar aku makan siput sedut. Susah! Itu pertama dan terakhir. Lebih baik makan ikan keli jer. Berkali kali juga die menunjukkan cara cara menyedut siput sedut itu. Masih juga aku gagal. Sampai malu aku dibuatnya apabila jiran jiran meja terdekat perhatikan gelagat kami. Sampai sudah , die yang menyedutkan siput siput sedut itu dan bagi aku makan. HAHA!


Aku juga masih ingat pernah sekali kami pergi ke sebuah tasik. Belum benar petang, tetapi sahaja mahu singgah. Kami berpegangan tangan dan berlari. Separuh jalan, hujan mula turun, Apakan daya. Terpaksa digagahkan juga badan untuk berlari sedangkan aku sudah mengah, almaklum ketika itu aku masih gomok. Aku berlari lebih pantas darinya. Terus masuk ke dalam kereta milik emakku. Sesaat dua selepas itu dia pun masuk. Dia gelak, aku pun gelak.

"you lari kelakarlah" katanya

"asal plak?" tanyaku

"ntah, tapi kelakarlah" sambil menghidupan enjin dan pulang.


Memori memori indah, dan aku harap dia juga mengingati.





No comments:

Post a Comment