Monday, December 14, 2009

Akhirnya kembali di trek!

Akhirnya aku dengan si dia sudah berbaik. hihi. Bukan untuk hebah tapi sekadar berkongsi.
Aku sangat gembira. Aku ego dia juga ego tapi selesai juga masalah. Semalam lepak lepak bersama abang, adik, sepupu rapat, adik si dia dan dia. Pergi makan makan, then pergi bundle. Angah dapat kemeja cantik cantik for only rm 15 and kuman beli 2 jackets for only rm10. One word, STYLE! Tapi yang tak best si dia dah pergi kursus kahwin. Herh. Entah apa la dalam pikiran dia, tiba tiba saja nak pergi ambil kurusus kahwin. Bila aku tanya, "ala murah, tahun depan dah naik jadi 300, baik ambik sekarang" Cheh...Aku nak kahwin dengan kau. Tunggulah aku jugak. Tapi tidak mengapalah, nak buat macam mana. Dia dah ambik dah pun. Lagi yang tak best bila keluar, bila ada yang buat aku panas. Tak payah sebut siapa, tapi lahanat tu memang fuhimak. Apa apa pun hari Ahad aku memang FANTASTIC!

Monday, December 7, 2009

MEMANG AKU RINDU KAU!

Apesal la ngan aku ni... kejap kejap nak, kejap taknak., bila dah taknak rindu plak. Kadang kadang aku pun tak paham dengan diri aku sendiri. Haha! lantakla kan, ape kau kesah?

Aku rindu keluar dengan dia. Kami memang selalu bergaduh,alah tapi apa kau sebok2??! eh buat buat tak tahu pula. Kami gaduh manja, bukan macam kau, gaduh dendam. Okay okay stop. Mari pergi ke topik utama. Ye, aku rindu kau. Setiap saat. Engkau sendiri tahu apa perasaan aku terhadap kaukan? Bagaimana aku suka tiap kali kau kata

"you ni cantikla, macam arab"
aku pula menjawab "yeke cantik? (dalam keadaan hidung yang sudah mengembang dan seluar yang hampir mengetat) tang mana yang cantik?" tersipu sipu aku senyumnya.

"tang hidung" katanya,

"alah tau la hidung i gemuk" aku menjawab, "mata i?, mulut?"

"sume macam melayu"

"hmm eleh" aku hanya mencebik. Tapi aku suka :)

Aku juga suka bila dia memandangku. Penuh makna. Dia akan memandang tepat ke arahku dengan mata bulatnya (bulat juga bagi aku, haha). Aku berlagak sperti pura pura tidak endah tapi dalam hati, sukeee yang teramat sukeee.

Aku juga suka bila die menghulurkan tangannya untuk berjalan seiring denganku. Haha, dan seperti biasa aku hanya mengendahkan dia. Saje saje, nape tak boleh ker? haha! Bila sudah lama die menghulur, aku pun capai dan berjalan denganya. Rasa seperti dunia ini aku yang punya. Rasa seperti tiada orang di keliling, walhal terang terang penuh pengunjung kota raya KL. Betul! Tak tipu, rasa macam dunia ini aku yang punya.

Aku ada perangai buruk, iaitu suka nak mengarah. Ye ye, aku tahu sifat ini sungguh menjijikkan. Tapi disebabkan dia yang mampu bertahan denganku menyebabkan aku sayang sangat denagn dia. Itu tak boleh, ini tak boleh. Memang kadang kadang perangainya agak melebih lebih tapi sedikit pun tidak pernah terlitas hendak dia berubah. Tidak mungkin sama kalau die berubah. Bukankah kita harus menerima dia seadanya?


Aku paling paling rindu makan dengan dia. Haha, si dia itu kalau bab bab mengoder makanan yang sedap sedap nombor satu, tapi bab makan tak pernah nak habis. Aku yang sememangnya gila makanan yang menghabiskan sisa sisa lebihan si mamat ni. HAHA! Saat yang teramat best, bila si dia mengajar aku makan siput sedut. Susah! Itu pertama dan terakhir. Lebih baik makan ikan keli jer. Berkali kali juga die menunjukkan cara cara menyedut siput sedut itu. Masih juga aku gagal. Sampai malu aku dibuatnya apabila jiran jiran meja terdekat perhatikan gelagat kami. Sampai sudah , die yang menyedutkan siput siput sedut itu dan bagi aku makan. HAHA!


Aku juga masih ingat pernah sekali kami pergi ke sebuah tasik. Belum benar petang, tetapi sahaja mahu singgah. Kami berpegangan tangan dan berlari. Separuh jalan, hujan mula turun, Apakan daya. Terpaksa digagahkan juga badan untuk berlari sedangkan aku sudah mengah, almaklum ketika itu aku masih gomok. Aku berlari lebih pantas darinya. Terus masuk ke dalam kereta milik emakku. Sesaat dua selepas itu dia pun masuk. Dia gelak, aku pun gelak.

"you lari kelakarlah" katanya

"asal plak?" tanyaku

"ntah, tapi kelakarlah" sambil menghidupan enjin dan pulang.


Memori memori indah, dan aku harap dia juga mengingati.





Saturday, December 5, 2009

Oleh dengan itu...

Oleh dengan itu, aku ingin berjalan sendiri. Kuatkanlah diri wahai manusia. Jangan kau ingat ingat masa silam. Moga moga kau diampunkan dosa. Bangun dan lari ke arah tujuanmu. Bukan kesitu, sini! sini! Buku memanggilmu, bayangan kedua orang tua jelas terpancar. Harap harap kau sempat sampai sebelum terlambat. Berdiri jika jatuh, jangan hanya duduk terpana. Wahai dunia, jangan kau butakan mataku...Oh wahai dunia...

Hubungan itu susah

Menjaga hubungan bukan senang. Lagi lagi kalau si dia jenis tak faham bahasa. Ya Allah mengapalah aku suka sangat si dia? Mengapa? Mengapa perlu dia? Aku sudah penat, bosan, dan menyampah. Salah siapa sebenarnya? Adakah aku? dia? atau sebenarnya kami? Ya Allah tunjukkanlah siapa yang terbaik buatku. Janganlah masaku habis dibazirkan dengan orang yang tak mungkin akan bersama denganku. Amin...