Saturday, November 28, 2009

Sabtu,hari ini.


Aku menjadi sangat pemalas, dan makin pemalas. Aku banyak makan,yelah kan raya...banyak lauk lauk berat seperti rendang, nasi impit, kuah kacang dan sebagainya..memang terliurlah aku. Aku juga banyak tidur. Rutin aku bersenam sudah lebih beberapa hari aku tinggalkan.. Hmm, aku ingin kembali semula mengerjakan rutinku seperti biasa. Aku ingin kurus. Ya...KURUSSSSS......


Friday, November 27, 2009

KORBAN YANG HAMBAR

Selamat Hari Raya Aidil Adha ingin diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya ini, aku sambut hanya di KL. Suasana sangat lengang. Kemeriahan tidak terasa. Hmm, mungkin di kebanyakan tempat juga begitu. Tidak tahulah kalau kau orang semua bagaimana, tetapi upacara menyembelih masih meriah dengan kebanyakan tempat mempunyai banyak ekor kambing untuk disembelih. Alhamdulillah, banyak orang dapat kita bantu. Harapan aku agar sambutan hari raya ini akan lebih meriah pada tahun tahun yang akan datang. Sekali lagi, ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Muslim.

Thursday, November 26, 2009

Maha Penting

HELLO SEMUA!
masih lagi kita di hari yang sama. Di ruangan ini, aku ingin menyatakan benda benda yang teerpenting sekali dalam hidup aku. Ianya bukan harta benda tetapi makhluk yang di kenali sebagai manusia. Manusia manusia ini semua sangat penting dalam hidupku. Ada diantara mereka yang mempunyai pertalian darah dengan aku dan ada juga yang tidak.
Aku sangat sangat sayang mereka mereka ini. Ibu bapaku. Aku cintakan mereka, yes!
sangat sangat! Aku jika diperhatikan bukanlah seorang yang pandai meluahkan rasa cinta aku. Sekadar biasa biasa sahaja lagakku, tetapi di dalam hati...CEH! haha! Adik beradik! ya, aku juga sangat sayangkan mereka, seperti biasa lagakku seperti biasa tetapi di dalam hati...haha! aku juga sangat2 sayangkan semua sepupu sepupu. Mereka semua tiga2 kumpulan ini, orang yang tersangat sangat penting dalam hidup aku. Jikalau mereka tiada hidup tidak akan pernah sempurna. Harapan aku, salasilah keluarga aku ini akan terus gah dan kukuh ikatannya sampai ke akhirnya. Hmm, kumpulan yang seterusnya, kawan kawan. WELL, kawan ini ada banyak jenis, Kadang mungkin kau akan merasa jelek atau menyampah dengan perangai peranagi mereka tetapi mereka juga yang kau sayang, rindu. Ya, apa yang aku katakan ini benar. Mereka betul betul menghidupkan hari hari aku. Aku bukanlah sempurna dan bukan juga pengharap pada yang sempurna tetapi inilah realiti, kalau semua yang diharapkan hanyalah pada yang sempurna apalah hari... Kumpulan yang seterusnya, hmm yang ini tidak mungkin akan aku jadikan kumpulan tetapi ianya seseorang individu. Individu ini ialah kekasih. Si seorang ni, penting peranannya. Mengapa? Anda sendiri pasti tahu...lalalala....sekian.

CURAHAN IDEA DARI MINDA YANG TIDAK BERAPA CETEK MAHUPUN DALAM SESEORANG

Hari ni aku sudah pun mempunyai blog. Mungkin agak ketinggalan sebab di tahun 2009 ini, haha, hampir semua rakyat Malaysia escpecially remaja di khususnya sudah pun mempunyai blog.Ceceh, ayat aku...tapi aku? hahah! Baru nak buat. But hmm tak kesah la kan.. Well, hari ini ialah hari khamis, esok Jumaat dan esok juga Hari Raya Haji. Aku hanya beraya di KL disebabkan oleh mak kepada mak aku pun sudah menetap bersama di rumah aku jadi tiadalah ke kampung. Atuk dan nenek aku sebelah ayahku pula beraya di Terengganu. Mereka berkemungkinan samapi di sini 2 hari lagi untuk mengerjakan haji di Mekah. Bercerita tentang Mekah, hmm aku belum pun pernah menjejakkan kaki lagi ke sana. Ramai yang beritahu, tempat itu sangat sangat la best. Best untuk beribadah. Mungkin kapan hari pasti. ceh! lagi sekali ayat aku. haha! Tujuan aku menulis blog ini adalah untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hati aku. Maksud aku ape ape sahaja yang ada di dalam hati aku ini. Sedih ke, marah ke, heheheh! alah, macam la kau orang semua tak tahu. Ramai yang menulis blog hanya kerana ingin meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang. Hmm, idea ini sememangnye boleh diguna pakai. Kenapa aku berkata begini? hahah! Alah, standard la, Malaysia boleh! hahahaha! Eh, apa kene mengena ni...