Thursday, November 26, 2009

Maha Penting

HELLO SEMUA!
masih lagi kita di hari yang sama. Di ruangan ini, aku ingin menyatakan benda benda yang teerpenting sekali dalam hidup aku. Ianya bukan harta benda tetapi makhluk yang di kenali sebagai manusia. Manusia manusia ini semua sangat penting dalam hidupku. Ada diantara mereka yang mempunyai pertalian darah dengan aku dan ada juga yang tidak.
Aku sangat sangat sayang mereka mereka ini. Ibu bapaku. Aku cintakan mereka, yes!
sangat sangat! Aku jika diperhatikan bukanlah seorang yang pandai meluahkan rasa cinta aku. Sekadar biasa biasa sahaja lagakku, tetapi di dalam hati...CEH! haha! Adik beradik! ya, aku juga sangat sayangkan mereka, seperti biasa lagakku seperti biasa tetapi di dalam hati...haha! aku juga sangat2 sayangkan semua sepupu sepupu. Mereka semua tiga2 kumpulan ini, orang yang tersangat sangat penting dalam hidup aku. Jikalau mereka tiada hidup tidak akan pernah sempurna. Harapan aku, salasilah keluarga aku ini akan terus gah dan kukuh ikatannya sampai ke akhirnya. Hmm, kumpulan yang seterusnya, kawan kawan. WELL, kawan ini ada banyak jenis, Kadang mungkin kau akan merasa jelek atau menyampah dengan perangai peranagi mereka tetapi mereka juga yang kau sayang, rindu. Ya, apa yang aku katakan ini benar. Mereka betul betul menghidupkan hari hari aku. Aku bukanlah sempurna dan bukan juga pengharap pada yang sempurna tetapi inilah realiti, kalau semua yang diharapkan hanyalah pada yang sempurna apalah hari... Kumpulan yang seterusnya, hmm yang ini tidak mungkin akan aku jadikan kumpulan tetapi ianya seseorang individu. Individu ini ialah kekasih. Si seorang ni, penting peranannya. Mengapa? Anda sendiri pasti tahu...lalalala....sekian.

No comments:

Post a Comment