Thursday, November 26, 2009

CURAHAN IDEA DARI MINDA YANG TIDAK BERAPA CETEK MAHUPUN DALAM SESEORANG

Hari ni aku sudah pun mempunyai blog. Mungkin agak ketinggalan sebab di tahun 2009 ini, haha, hampir semua rakyat Malaysia escpecially remaja di khususnya sudah pun mempunyai blog.Ceceh, ayat aku...tapi aku? hahah! Baru nak buat. But hmm tak kesah la kan.. Well, hari ini ialah hari khamis, esok Jumaat dan esok juga Hari Raya Haji. Aku hanya beraya di KL disebabkan oleh mak kepada mak aku pun sudah menetap bersama di rumah aku jadi tiadalah ke kampung. Atuk dan nenek aku sebelah ayahku pula beraya di Terengganu. Mereka berkemungkinan samapi di sini 2 hari lagi untuk mengerjakan haji di Mekah. Bercerita tentang Mekah, hmm aku belum pun pernah menjejakkan kaki lagi ke sana. Ramai yang beritahu, tempat itu sangat sangat la best. Best untuk beribadah. Mungkin kapan hari pasti. ceh! lagi sekali ayat aku. haha! Tujuan aku menulis blog ini adalah untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hati aku. Maksud aku ape ape sahaja yang ada di dalam hati aku ini. Sedih ke, marah ke, heheheh! alah, macam la kau orang semua tak tahu. Ramai yang menulis blog hanya kerana ingin meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang. Hmm, idea ini sememangnye boleh diguna pakai. Kenapa aku berkata begini? hahah! Alah, standard la, Malaysia boleh! hahahaha! Eh, apa kene mengena ni...

No comments:

Post a Comment